Senarai Universiti Malaysia

Sistem pengajian tinggi dibentuk bagi memastikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dapat membina reputasi dengan mempunyai keupayaan yang dinamik, berdaya saing, mampu meramal cabaran mendatang dan bersedia bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan globalisasi. Usaha meningkatkan keupayaan IPTA akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.

Selaras dengan matlamat tersebut, IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif. Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA yang terdiri daripada lima (5) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan dua belas (12) lagi universiti berfokus.

Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, universiti berfokus tertumpu kepada bidang khusus berkaitan penubuhannya, manakala universiti komprehensif menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.

Senarai Universiti di Malaysia

A.Universiti Penyelidikan

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

B.Universiti Komprehensif

  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  3. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

C.Universiti Berfokus

  1. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  5. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  6. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  7. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  8. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  9. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  10. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)