Atase Pendidikan (Pentadbiran)

Potfolio

TUGAS-TUGAS UMUM SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN:

  1. Memainkan peranan sebagai sumber rujukan mengenai pengajian tinggi Malaysia yang meliputi semua aspek berkaitan dengan perkembangan semasa, hala tuju, transformasi dan sebagainya.
  2. Merancang, menyelia dan memantau laporan analisis dari masa ke semasa mengenai isu, dasar dan perkembangan terkini pengajian tinggi di luar negara yang mana ianya boleh diadaptasi serta membantu Negara untuk meningkatkan kemerlangan pengajian tinggi negara supaya setanding dengan negara-negara yang lebih maju.
  3. Berperanan sebagai agen kepada program pemasaran dan promosi pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa serta mempergiatkan usaha pengiktirafan negara luar terhadap IPT tempatan.
  4. Membantu melonjakkan keupayaan pengahtahuan para pelajar terutama dalam bidang inovasi negara menerusi usaha-usaha pembangunan, penyelidikan, pengkomersialan dan sumber dana (untuk penyelidikan) dengan pelbagai institusi luar negara.
  5. Menyelia, memantau dan membantu segala urusan berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan jati diri pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom dan Ireland.
  6. Memantau dan membantu kemajuan akademik para pelajar dari pelbagai sudut bagi memastikan terhasilnya kumpulan graduan yang cemerlang serta mampu berbakti kepada negara.
  7. Mengenalpasti, mewujudkan dan mengukuhkan jaringan / hubungan kerjasama yang akan dan telah terjalin diantara Malaysia dengan United Kingdom / Ireland berkaitan dengan pendidikan tinggi.

TUGAS-TUGAS KHUSUS SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN (PENTADBIRAN):

  1. Menjalankan kesemua tugas-tugas umum di atas bagi kawasan tengah & Barat England.
  2. Menguruskan semua aktiviti-aktiviti pelajar bagi kawasan tengah & Barat England yang melibatkan pelajar atau persatuan pelajar merangkumi hal ehwal akademik, kerohanian, sosial, kesukanan, kaunseling dan sebagainya.
  3. Merancang, mengurus dan memperkemaskini rekod, data dan statistik pelajar, institusi pengajian dan persatuan pelajar bagi kawasan Selatan England.
  4. Mengurus dan menyelaras lawatan rasmi pemimpin Negara / Jabatan / Agensi dari Malaysia ke kawasan Selatan England.
  5. Bertanggungjawab kepada semua urusan pentadbiran harian EM bagi memastikan khidmat yang diperlukan oleh para pelajar dapat disampaikan dengan baik dan berkesan.
  6. Mewakili jabatan dalam tugas-tugas ‘representational’ apabila diarahkan.
  7. Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Pengarah EM dari masa ke semasa.

Persatuan Pelajar

  1. City University Malaysian Society (CUMS)
  2. London School of Economics Malaysian Club
  3. Queen Mary University of London Malaysian Society
  4. University College London Malaysian Society
  5. Imperial College London Malaysian Society
  6. King’s College London Malaysian Society
  7. King’s College London Malaysian-Singaporean Society (KCLMSS)
  8. London School of Economics Malaysian-Singaporean Society (LSEMSS)
  9. Malaysian Post Graduate Council (MPGC) London
  10. Malaysian Brunel Society
  11. University of East Anglia Malaysian Society
  12. Reading University Malaysian Society (RUMSA)
  13. Oxford University Malaysian Club
  14. Cambridge University Malaysian Society (CUMAS)
  15. Malaysian Society Essex University (MSE)
  16. Kelab Pelajar Norwich (KPM)
  17. Cambridge Malaysian Muslim Postgrads Society (CAMMPS)
  18. University of Exeter Malaysian Students Society (UEMSS)
  19. University of Surrey Malaysian Society (MSS)

Universiti & Kawasan