Atase Pendidikan (Hal Ehwal Pelajar)

Potfolio

TUGAS-TUGAS UMUM SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN : 

  1. Memainkan peranan sebagai sumber rujukan mengenai pengajian tinggi Malaysia yang meliputi semua aspek berkaitan dengan perkembangan semasa, hala tuju, transformasi dan sebagainya.
  2. Merancang, menyelia dan memantau laporan analisis dari masa ke semasa mengenai isu, dasar dan perkembangan terkini pengajian tinggi di luar negara yang mana ianya boleh diadaptasi serta membantu Negara untuk meningkatkan kemerlangan pengajian tinggi negara supaya setanding dengan negara-negara yang lebih maju.
  3. Berperanan sebagai agen kepada program pemasaran dan promosi pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa serta mempergiatkan usaha pengiktirafan negara luar terhadap IPT tempatan.
  4. Membantu melonjakkan keupayaan pengahtahuan para pelajar terutama dalam bidang inovasi negara menerusi usaha-usaha pembangunan, penyelidikan, pengkomersialan dan sumber dana (untuk penyelidikan) dengan pelbagai institusi luar  negara.
  5. Menyelia, memantau dan membantu segala urusan berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan jati diri pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom dan Ireland.
  6. Memantau dan membantu kemajuan akademik para pelajar dari pelbagai sudut bagi memastikan terhasilnya kumpulan graduan yang cemerlang serta mampu berbakti kepada negara.
  7. Mengenalpasti, mewujudkan dan mengukuhkan jaringan / hubungan kerjasama yang akan dan telah terjalin diantara Malaysia dengan United Kingdom / Ireland berkaitan dengan pendidikan tinggi.

TUGAS-TUGAS KHUSUS SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN (HAL EHWAL PELAJAR): 

  1. Menjalankan kesemua tugas-tugas umum di atas bagi kawasan Wales dan sebahagian kawasan tengah England.
  2. Menguruskan semua aktiviti-aktiviti pelajar secara keseluruhan dan juga  kawasan Wales dan sebahagian kawasan tengah England yang melibatkan pelajar atau persatuan pelajar merangkumi hal ehwal akademik, kerohanian, sosial, kesukanan, kaunseling dan sebagainya.
  3. Merancang, mengurus dan memperkemaskini rekod, data dan statistik pelajar, institusi pengajian dan persatuan pelajar secara keseluruhan.
  4. Mengurus dan menyelaras lawatan rasmi pemimpin Negara / Jabatan / Agensi  dari Malaysia ke Wales dan sebahagian kawasan tengah England.
  5. Bertanggungjawab kepada semua urusan hal ehwal pelajar secara keseluruhan.
  6. Bertanggungjawab untuk memperkemaskini Laman web rasmi EM dan membuat hebahan-hebahan umum kepada para pelajar dan juga persatuan pelajar.
  7. Mewakili jabatan dalam tugas-tugas ‘representational’ apabila diarahkan.
  8. Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Pengarah EM dari masa ke semasa.

Persatuan Pelajar

 

  1. Ministry of Education Scholars (MINES)         
  2. United Kingdom Executive Council (UKEC) 
  3. University of Warwick Malaysian Society 
  4. Coventry Malaysian Students Society 
  5. IKRAM UKE 
  6. Kelab Pencinta Seni & Filem 
  7. Malaysian Islamic Study Group (MISG)-ABIM UK & Eire
  8. Islamic Medical Association Malaysia (IMAM) UK Chapter 
  9. Kesatuan Penuntut Undang-Undang Malaysia (KPUM)     
  10. Malaysian Students Society Bangor University (MSS)              
  11. Malaysia Students Society University of Cardiff (MSSCF)
  12. Malaysian Student Society of Glamorgan (MSSG) 
  13. Malaysian Association Swansea University (MASU) 
  14. Warga Malaysia Lampeter, Wales (WML) 
  15. Malaysian Students Society of Aberystwyth 
  16. Malaysian Pharmaceutical Society –UK Student Chapter (MPS-UKSC) 
  17. University of Birmingham Malaysian Society 
  18. Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Birmingham  
  19. Sketariat Rakan Muda UK 
  20. Aston University Malaysian Society (Aston MASOC)    
  21. The Malaysian Postgraduate Association for UK & Eire

Universiti & Kawasan