Atase Pendidikan (Agama dan Kaunseling)

Potfolio

TUGAS-TUGAS UMUM SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN : 

  1. Memainkan peranan sebagai sumber rujukan mengenai pengajian tinggi Malaysia yang meliputi semua aspek berkaitan dengan perkembangan semasa, hala tuju, transformasi dan sebagainya.
  2. Merancang, menyelia dan memantau laporan analisis dari masa ke semasa mengenai isu, dasar dan perkembangan terkini pengajian tinggi di luar negara yang mana ianya boleh diadaptasi serta membantu Negara untuk meningkatkan kemerlangan pengajian tinggi negara supaya setanding dengan negara-negara yang lebih maju.
  3. Berperanan sebagai agen kepada program pemasaran dan promosi pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa serta mempergiatkan usaha pengiktirafan negara luar terhadap IPT tempatan.
  4. Membantu melonjakkan keupayaan pengahtahuan para pelajar terutama dalam bidang inovasi negara menerusi usaha-usaha pembangunan, penyelidikan, pengkomersialan dan sumber dana (untuk penyelidikan) dengan pelbagai institusi luar  negara.
  5. Menyelia, memantau dan membantu segala urusan berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan jati diri pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom dan Ireland.
  6. Memantau dan membantu kemajuan akademik para pelajar dari pelbagai sudut bagi memastikan terhasilnya kumpulan graduan yang cemerlang serta mampu berbakti kepada negara.
  7. Mengenalpasti, mewujudkan dan mengukuhkan jaringan / hubungan kerjasama yang akan dan telah terjalin diantara Malaysia dengan United Kingdom / Ireland berkaitan dengan pendidikan tinggi.

TUGAS-TUGAS KHUSUS SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN (BIMBINGAN AGAMA & KAUNSELING) : 

  1. Menjalankan kesemua tugas-tugas umum di atas bagi kawasan Selatan England.
  2. Menguruskan semua aktiviti-aktiviti pelajar bagi kawasan Selatan England yang melibatkan pelajar atau persatuan pelajar merangkumi hal ehwal akademik, kerohanian, sosial, kesukanan, kaunseling dan sebagainya.
  3. Merancang, mengurus dan memperkemaskini rekod, data dan statistik pelajar, institusi pengajian dan persatuan pelajar kawasan Timur England dan sebahagian kawasan tengah England.
  4. Mengurus dan menyelaras lawatan rasmi pemimpin Negara / Jabatan / Agensi  dari Malaysia ke Wales dan sebahagian kawasan Timur England dan sebahagian kawasan tengah England.
  5. Menyelaras semua hal ehwal agama Islam di peringkat Suruhanjaya Tinggi Malaysia United Kingdom dan EM dalam program-program rasmi agama Islam, sambutan hari kebesaran Islam, program berkala (mingguan dan bulanan) dan sebagainya.
  6. Mengatur program-program keagamaan bersama persatuan pelajar seperti ceramah, diskusi, forum, kursus dan sebagainya.
  7. Menjalankan tugas sebagai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Luar Negara serta mengendalikan sesi kaunseling rumahtangga kepada pasangan yang memerlukan kaunseling.
  8. Berperanan sebagai kaunselor kepada para pelajar Islam dan bukan Islam.
  9. Menguruskan pengislaman saudara-saudara baru yang memeluk agama Islam serta pengeluaran Sijil Pengislaman, pengurusan jenazah orang Islam dan menguruskan wang zakat.
  10. Mewakili jabatan dalam tugas-tugas ‘representational’ apabila diarahkan.
  11. Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Pengarah EM dari masa ke semasa.

Persatuan Pelajar

  1. University of Southampton (MSA) 
  2. Bath Malaysian Student Association (BAMSA) 
  3. University of Kent Malaysian Society 
  4. Malaysian Association of UCP Marjon (MAM)             
  5. Malaysian Community of Bristol 
  6. Malay Cultural Society University of Bristol (MCS)              
  7. Malaysian Society of University of the West of England-Bristol                          
  8. University of Portsmouth Malaysian Students Society 
  9. Malaysian Accounting and Finance Society (MACFIS)

Universiti & Kawasan