Atase Pendidikan (Pejabat Midlands)

Potfolio

TUGAS-TUGAS UMUM SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN : 

  1. Memainkan peranan sebagai sumber rujukan mengenai pengajian tinggi Malaysia yang meliputi semua aspek berkaitan dengan perkembangan semasa, hala tuju, transformasi dan sebagainya.
  2. Merancang, menyelia dan memantau laporan analisis dari masa ke semasa mengenai isu, dasar dan perkembangan terkini pengajian tinggi di luar negara yang mana ianya boleh diadaptasi serta membantu Negara untuk meningkatkan kemerlangan pengajian tinggi negara supaya setanding dengan negara-negara yang lebih maju.
  3. Berperanan sebagai agen kepada program pemasaran dan promosi pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa serta mempergiatkan usaha pengiktirafan negara luar terhadap IPT tempatan.
  4. Membantu melonjakkan keupayaan pengahtahuan para pelajar terutama dalam bidang inovasi negara menerusi usaha-usaha pembangunan, penyelidikan, pengkomersialan dan sumber dana (untuk penyelidikan) dengan pelbagai institusi luar  negara.
  5. Menyelia, memantau dan membantu segala urusan berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan jati diri pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom dan Ireland.
  6. Memantau dan membantu kemajuan akademik para pelajar dari pelbagai sudut bagi memastikan terhasilnya kumpulan graduan yang cemerlang serta mampu berbakti kepada negara.
  7. Mengenalpasti, mewujudkan dan mengukuhkan jaringan / hubungan kerjasama yang akan dan telah terjalin diantara Malaysia dengan United Kingdom / Ireland berkaitan dengan pendidikan tinggi.

TUGAS-TUGAS KHUSUS SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN (PEJABAT MIDLAND) : 

  1. Menjalankan kesemua tugas-tugas umum di atas bagi kawasan Utara England (Midlands) dan Scotland.
  2. Menguruskan semua aktiviti-aktiviti pelajar bagi kawasan Utara England (Midlands) dan Scotland yang melibatkan pelajar atau persatuan pelajar merangkumi hal ehwal akademik, kerohanian, sosial, kesukanan, kaunseling dan sebagainya.
  3. Merancang, mengurus dan memperkemaskini rekod, data dan statistik pelajar, institusi pengajian dan persatuan pelajar bagi kawasan Utara England (Midlands) dan Scotland.
  4. Mengurus dan menyelaras lawatan rasmi pemimpin Negara / Jabatan / Agensi  dari Malaysia ke kawasan Utara England (Midlands) dan Scotland.
  5. Bertanggungjawab kepada semua urusan pentadbiran harian Pejabat EM di Midland (Manchester) bagi memastikan khidmat yang diperlukan oleh para pelajar dapat disampaikan dengan baik dan berkesan.
  6. Mewakili jabatan dalam tugas-tugas ‘representational’ apabila diarahkan.
  7. Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Pengarah EM dari masa ke semasa.

Persatuan Pelajar

  1. Malaysian Students Association of Aberdeen (MSAA)                                            
  2. University of Liverpool Malaysian Society (LMS)                               
  3. University of Nottingham Malaysian Society (NMS)
  4. Malaysian Student Association of Robert Gordon University (MSA RGU)                       
  5. Edinburgh Malaysian Students Association (EMSA)
  6. Malaysian Students’ Society of Manchester (MSSM)
  7. Loughborough Students Malaysian Society (LSMS)
  8. Lancaster University  Malaysian Students Society (LUMSS)                                                  
  9. Glasgow University Malaysian Society
  10. Malaysian Society University of Central Lancashire (MSUCLAN)                                     
  11. Northumbria University  Malaysian Society (NORUMS)
  12. Durham Association of Malaysian Students (DAMS)
  13. University of York Malaysian Society
  14. Leeds University Malaysian Society (LUMSOC)
  15. Sheffield Malaysian Students Association (SMSA)
  16. Malaysian Students Society of Dundee
  17. Persatuan Komuniti Pelajar Loughborough
  18. Persatuan Masyarakat Malaysia Sheffield (PMPMS)
  19. Staffordshire University Malaysian Society
  20. Malaysian Community of Old Trafford (MCOT)
  21. Nottingham Malaysian Community (NMC)
  22. Malaysian Community of Chetham Hill (MCCH)
  23. Malaysian Student Community of Leeds (MSCL)
  24. Komuniti Malaysia Melayu Glasgow                
  25. Malay Speaking Circle (MSC) Liverpool
  26. Persatuan Melayu Aberdeen (PMA)
  27. Persatuan Pasca Siswazah Durham
  28. Malaysian Society University of Newcastle Upon Tyne
  29. Balai Malaysia Newcastle
  30. Nottingham Trent University Malaysian Society (NTUMS)
  31. Malaysia-Stirling Student Society ([email protected])
  32. Kelab Melayu Hull
  33. St. Andrew Malaysian Students Society
  34. Liverpool John Moore Malaysian Students Society
  35. University of Strathclyde Students Society     
  36. Malaysian Research Group (MRG)
  37. Leicester University Malaysian Society                                                     
  38. Pesatuan Pelajar Melayu Leicester (MASLEICS) 

Universiti & Kawasan