Atase Pendidikan (Pejabat Ireland)

Potfolio

TUGAS-TUGAS UMUM SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN : 

  1. Memainkan peranan sebagai sumber rujukan mengenai pengajian tinggi Malaysia yang meliputi semua aspek berkaitan dengan perkembangan semasa, hala tuju, transformasi dan sebagainya.
  2. Merancang, menyelia dan memantau laporan analisis dari masa ke semasa mengenai isu, dasar dan perkembangan terkini pengajian tinggi di luar negara yang mana ianya boleh diadaptasi serta membantu Negara untuk meningkatkan kemerlangan pengajian tinggi negara supaya setanding dengan negara-negara yang lebih maju.
  3. Berperanan sebagai agen kepada program pemasaran dan promosi pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa serta mempergiatkan usaha pengiktirafan negara luar terhadap IPT tempatan.
  4. Membantu melonjakkan keupayaan pengahtahuan para pelajar terutama dalam bidang inovasi negara menerusi usaha-usaha pembangunan, penyelidikan, pengkomersialan dan sumber dana (untuk penyelidikan) dengan pelbagai institusi luar  negara.
  5. Menyelia, memantau dan membantu segala urusan berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan jati diri pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom dan Ireland.
  6. Memantau dan membantu kemajuan akademik para pelajar dari pelbagai sudut bagi memastikan terhasilnya kumpulan graduan yang cemerlang serta mampu berbakti kepada negara.
  7. Mengenalpasti, mewujudkan dan mengukuhkan jaringan / hubungan kerjasama yang akan dan telah terjalin diantara Malaysia dengan United Kingdom / Ireland berkaitan dengan pendidikan tinggi.

TUGAS-TUGAS KHUSUS SEBAGAI ATASE PENDIDIKAN (PEJABAT IRELAND) : 

  1. Menjalankan kesemua tugas-tugas umum di atas bagi kawasan Republik Ireland dan Ireland.
  2. Menguruskan semua aktiviti-aktiviti pelajar bagi kawasan Republik Ireland dan Ireland yang melibatkan pelajar atau persatuan pelajar merangkumi hal ehwal akademik, kerohanian, sosial, kesukanan, kaunseling dan sebagainya.
  3. Merancang, mengurus dan memperkemaskini rekod, data dan statistik pelajar, institusi pengajian dan persatuan pelajar bagi Republik Ireland dan Ireland.
  4. Mengurus dan menyelaras lawatan rasmi pemimpin Negara / Jabatan / Agensi  dari Malaysia ke kawasan Republik Ireland dan Ireland.
  5. Bertanggungjawab kepada semua urusan pentadbiran harian Pejabat EM di Ireland bagi memastikan khidmat yang diperlukan oleh para pelajar dapat disampaikan dengan baik dan berkesan.
  6. Mewakili jabatan dalam tugas-tugas ‘representational’ apabila diarahkan.
  7. Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Ireland dan Pengarah EM dari masa ke semasa

 

Persatuan Pelajar

  1. Malaysian Student’s Society of Northern Ireland (MSSNI)
  2. Persatuan Pelajar Malaysia Cork (PPMC)
  3. Malaysian Society, National University of Ireland, Galway (MSNUIG)
  4. Islamic Medical Association Malaysia (IMAM) Ireland Chapter
  5. Penang Medical College Students Association Royal College of Surgeon Ireland (PMCSA- RCSI)
  6. Malaysian Society University College Dublin
  7. Queen’s University Belfast Malay Club (QUMC)
  8. Persatuan Pelajar  Islam Malaysia Ireland (PPIMI)
  9. Persatuan Pelajar  Islam Malaysia Galway (PPIMG)
  10. Persatuan Pelajar Pasca Ijazah Malaysia Ireland (MYPSI)
  11. Malaysian Society Dublin Business School (MyDBS)
  12. Sketariat Rakan Muda Ireland
  13. Malaysia Postgraduate of Northen Ireland (MyPNI)

Universiti & Kawasan